Kata Aluan Naib Canselor

prof rahman2

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sayang USM,

Diharapkan sistem e-Perundangan yang merangkumi Dasar, Polisi, Garis Panduan, Peraturan, Perlembagaan, Statut, Watikah Penubuhan, Terma Rujukan dan lain-lain dapat memberikan kemudahan kepada warga Universiti dalam mendapatkan dokumentasi secara rentas dan tepat. Pengurusan Tertinggi Universiti merasakan sudah tiba masanya untuk pihak Universiti mengusahakan pengumpulan kesemua polisi, dasar, garis panduan, peraturan dan lain-lain yang pernah diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti/Pusat Tanggungjawab di dalam satu repositori dan pusat sehenti bagi memudahkan rujukan dan pelaksanaan polisi, garis panduan, peraturan dan dasar tersebut.
Pada masa ini, kesemua dokumen berkenaan adalah diletakkan di bawah tanggungjawab pemegang taruh/Pusat Tanggungjawab masing-masing dan ini menimbulkan sedikit kelewatan apabila rujukan hendak di buat oleh warga Universiti.
Menyedari hakikat bahawa pusat sehenti dan repositori ini adalah penting, maka Pejabat Perundangan dan Perpustakaan Universiti telah menjalankan usaha pengumpulan dan pelaksanaan sistem yang lebih teratur bagi pemaparan secara online dokumentasi tersebut.
Bagi melengkapkan proses pengumpulan ini, pihak Universiti juga telah memasukkan repositori Perlembagaan, Statut dan Watikah Penubuhan Pusat tanggungjawab Universiti di dalam sistem e-Perundangan ini.
Adalah diharapkan kandungan sistem e-Perundangan ini dapat menjadi sumber rujukan yang terbaik dalam usaha memberikan akses kepada dokumentasi secara mudah, cepat dan tepat disamping berperanan merealisasikan hasrat Universiti ke arah sistem yang teratur dan terkini.

Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, FASc.
Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia

Pejabat Perundangan

Aras 2, Bangunan E42, Canselori II, 
11800 USM, Universiti Sains Malaysia. 
Tel: 04-6536604 | Fax: 04-653 6597 
Email: khairudinzainol@usm.my
 

 

Perpustakaan Hamzah Sendut 

Tel: 604-6533982 Fax: 604-6531526
Perpustakaan Hamzah Sendut
11800, USM Pulau Pinang
http://www.lib.usm.my
Emel:suhana_ishak@usm.my

Copyright © 2019 e-Perundangan USM.
All Rights Reserved.icon admin